Kajian Fabrik

Gentian dapat dikelaskan kepada:

  • Gentian asli
  • Gentian buatan

Gentian asli berasal daripada sumber semulajadi. Contohnya adalah daripada gentian tumbuhan dan gentian haiwan.

Gentian tumbuhan:

Gentian tumbuhan untuk fabrik adalah gentian yang mengandungi 70 peratus hingga 80 peratus selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa adalah  padat dan teratur. Susunan ini memberikan kekuatan pada batang tumbuhan.

Kapas

Pokok kapas banyak ditanam di  India, Amerika Syarikat, Russia, China dan Mesir. Tinggi pokok kapas lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda kemudian selepas tiga hari bunga akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas.

Lenggai ini membesar sehingga sebesar telur ayam; terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur yang akan merekah apabila buah kapas matang. Setiap pokok yang akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 biji buah dan setiap buah pula mengandungi 30 hingga 40 biji benih yang disalut dengan bebola gentian kapas.

Pokok kapas

Kapas dapat dikategorikan kepada empat jenis:

  • Kapas Sea Island
  • Kapas Mesir
  • Kapas Amerika
  • Kapas India

Kapas Sea Island dan kapas Mesir digunakan untuk membuat benang kapas dan fabrik yang ringan seperti Batiste. Kapas Amerika sesuai dijadikan fabrik yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelengkapan rumah tangga dan industri. Kapas India digunakan untuk menhasilkan fabrik berkualiti rendah.

Linen

Gentian linen ialah selulosa batang fleks. Fleks ditanam di Russia, Poland, Perancis, dan Romania. Tinggi pokok fleks lebih kurang satu meter. Daunnya kecil dan tirus, bunganya biru atau putih dan berbatang kecil. Gentian yang baik didapati semasa pokok berbunga atau ketika batangnya berwarna hijau. Gentian fleks menghasilkan yan dan tow. Yan urai adalah gentian linen yang panjang, halus, licin, dan berkilat. Yan urai digunakan untuk membuat fabrik batiste, kambrik, kain damask, untuk kain kelengkapan rumah tanggadan pakaian. Tow adalah gentian yang pendek, kasar, warnanya pudar, lembut dan terasa panas apabila dipegang. Tow digunakan untuk membuat pakaian, cadar, dan tuala.

Fabrik linen

Gentian haiwan

Benang sayat ialah gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut, bulu dan filamen.

Sutera

Dalam jangkamasa tiga hingga tujuh hari ,telur kupu-kupu menetas, menjadi larva dan diberi makan daun malberi. Dalam jangka masa pembesaran, larva bersalin kulit sebanyak empat kali dan beratnya bertambah sepuluh ribu kali ganda dan bersedia membentuk kokun.

Pada mulut larva terdapat dua pasang kelenjar. Sepasang kelenjar mengeluarkan cecair protein ‘fibrion’ dan membentuk dua filamen sutera yang akan kering apabila terdedah di utara. Pada masa yang sama, sepasang kelenjar yang lain mengeluarkan bahan gam serikin yang meletakkan kedua-dua filament.

Ulat sutera

Larva melilit filament tubuhnya dengan pergerakan angka lapan hingga terbentuk kokun. Dalam membuat sutera kokun ini dipanaskan untuk membunuh kepompong sebelum sempat menjadi kupu-kupu dan sebelum kepompang menebuk kokun yang boleh memendekkan filament dan merendahkan kualiti sutera.

Kebanyakan filamen sutera diperoleh daripada bombyx morri, iaitu sejenis kupu-kupu yang diternak. Sutera liar seperti Tussah atau Tussur diperoleh apabila kupu-kupu Antherea, sejenis kupu-kupu liar dikumpulan dari pokok di Asia Tenggara. Kupu-kupu ini makan daun oak dan menghasilkan sutera yang berwarna krim, kuning atau hijau.

Kain sutera


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s